Selasa, 11 Februari 2014

Gred Solat

Gred E 

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

Gred D 

Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat

Gred C 

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat

Gred B 

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau

Gred A 

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat


Apakah GRED SOLAT kita ? Kalau exam , mesti kita target semuanya A kan ?
Solat macam mana? Ingatlah! Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.



Muhasabah Diri ... (Juga peringatan buat diriku yang serba kekurangan ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan